Thursday, 26 September 2013

PUTRAJAYA ATASI TASKA SESAK

HARIAN METRO - 27 SEPT


Presiden Persatuan Pengusaha Taska dan Tadika Putrajaya Husna Abdul Rahman berkata, masalah kekurangan pusat jagaan dan taska sudah lama wujud di sini, menyebabkan ibu bapa tidak mempunyai pilihan. Katanya, ketika ini hanya terdapat 101 taska di seluruh Putrajaya dan jumlah itu masih tidak mampu menampung kanak-kanak serta bayi yang dihantar ibu bapa.
“Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan pusat terbabit mempunyai bilangan kanak-kanak yang ramai, tetapi jumlah pekerja kurang.


“Walaupun bilangan kanak-kanak melebihi had ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun ada sesetengah ibu bapa mendesak pengusaha untuk menerima anak mereka kerana kekurangan pusat berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi keluarga arwah Muhammad Danish Raykal Ismail di Presint 9 di sini, petang semalam.


Turut hadir, isteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.


Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang bayi berusia lima bulan ditemui tidak sedarkan diri di sebuah taska di Presint 9, sebelum mangsa dibawa ke Unit Kecemasan, Hospital Putrajaya (HPj) dan disahkan meninggal dunia.


Laporan dipetik berkata, siasatan lanjut mendapati taska yang menjaga bayi malang itu tidak mematuhi piawaian minimum ditetapkan di mana hanya empat pengasuh yang ditugaskan menjaga 49 kanak-kanak dan bayi.

No comments:

Post a Comment